TUHAN X SMS KITA...TUHAN X TELEFON KITA...TAPI TUHAN BOLEH GERAKKAN HATI KITA UNTUK MELIHAT PELUANG...BERI PELUANG KEPADA DIRI KITA UNTUK BERUBAH........ND.Lala







FastrackHome

Tuesday, August 24, 2010

IMPIAN MENJADI PRIME BALLERINA


Satu hari ada seorang gadis yang begitu pandai dalam tarian balet yang telah dipelajarinya sejak kanak-kanak hingga remajanya. Akhirnya, dia berasakan sudah tiba masanya untuk dia terlibat dalam bidang itu secara profesional. Menjadi PRIME BALLERINA dan akhirnya membuka akademi balenya sendiri. Itu adalah impiannya sejak kecil lagi.

Kebetulan beberapa hari kemudian, ada sebuah rombongan balet datang membuat persembahan di bandarnya. Dia tidak mahu membuang masa lagi untuk menonjolkan bakatnya kepada pemilik kumpulan balet yang juga merupakan seorang guru balet yang terkenal lagi dihormati.

Pada saat yang sesuai, dia pergi ke belakang pentas dan menemui guru balet itu. Dia meluahkan hasrat hatinya kepada guru balet itu yang sedang menulis sesuatu ke atas beberapa helai kertas. Gadis itu berkata "Puan, saya ingin menjadi PRIME BALLERINA tetapi saya tidak tahu sama ada saya mempunyai kelebihan. Saya harap Puan dapat menilai saya sekarang!"

Guru itu berkata sambil tangannya masih mencatat sesuatu. "Baiklah, awak menari di hadapan saya sekarang." Selepas dua minit, guru itu telah memintanya berhenti daripada menari dan berkata, " Maaf, kamu tidak layak bagi menjadi seorang PRIME BALLERINA. Kamu tidak mempunyai kebolehan itu."

Kata-kata guru itu telah menghancurkan impiannya. Dia fikir tiada gunanya lagi dia menyimpan impian itu kerana seorang guru yang terkenal telah menilainya sebagai tiada kebolehan. Pintu hatinya benar-benar tertutup oleh kata-kata guru itu. Dia kemudian telah melenyapkan impiannya kerana terpengaruh dengan kata-kata guru itu. Kemudian dia mula meneruskan kehidupan seperti biasa.

20 TAHUN KEMUDIAN....

Rombongan balet yang sama kembali membuat persembahan di bandarnya. Kerana masih minat pada balet, dia telah pergi menonton persembahan itu, ketika mahu meninggalkan tempat persembahan, dia telah ternampak guru balet itu yg sudah tua.

Dia menegur dan memberitahu mereka pernah berbicara mengenai impiannya untuk menjadi PRIME BALLERINA 20 tahun yang lalu. Guru itu termenung seketika, kemudian mengangguk kepala tanda ingatannya kepada perempuan itu.

Perempuan itu mula bercerita apa yang telah berlaku selepas pertemuan itu. Beliau melenyapkan impiannya itu dan berkahwin. Sekarang dia mempunyai suami yang penyayang, anak-anak yang berjaya dan dia bekerja sebagai pengurus kedai ayahnya. Guru itu memuji kebahagiaan hidupnya sekarang.

Namun perempuan itu tidak tersenyum sebaliknya bertanya "Hampir 20 tahun persoalan ini bermain-main difikiran saya, Bagaimana puan boleh menilai saya begitu cepat ketika itu?" Dengan selamba guru itu menjawab, " Sebenarnya saya tidak melihat awak menari ketika itu. Saya sedang menyiapkan kerja saya dan itu jawapan yang saya berikan pada semua orang yang menganggu kerja saya."

Perempuan itu terkejut dengan jawapan yang diberikan. "Puan tidak patut buat begitu, Puan telah menghancurkan impian saya selama-lamanya ketika itu. Sekiranya tidak, pasti sekarang saya dapat mengecapi kebahagiaan sebenar dan berjaya seperti diimpikan.

Guru itu sekali lagi menjawab dengan selamba "Saya langsung tidak bersetuju dengan kata-kata awak, sekiranya awak fikir awak memang berkebolehan, sudah pasti awak akan mengabaikan kata-kata saya walaupun saya seorang guru yang terkenal. Jalan impian awak terbuka luas lagi ketika itu. INGAT!!! KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN...


'YOUR FUTURE IS HERE'

No comments:

Post a Comment